Politik

Nama perempuan itu Auni & pemberi sumber tak berminat dengan RM5,000

AKTIVIS politik, Che’gu Bard memaklumkan nama perempuan yang sering disebut dalam kes skandal rasuah seks bersama seorang EXCO Melaka adalah Auni binti Ismail.

Selain itu, Aini turut merayu kepada Exco Melaka supaya memberikan projek Pemacar kepada pak ciknya dan kes ini mendapat perhatian yang luar biasa.

“Nama dia Auni binti Ismail. Kita dah ada nombor telefon dia dan dia masih menggunakan nombor yang sama semasa berhubung dengan Exco yang dikatakan itu.

“Dia asal mana, alamat mana, sekolah mana buat, first-degree dekat mana, semua kita dah dapat, ” dedahnya kepada pemberita dalam satu sidang media.

Che’gu Bard mendedahkan perkara itu kepada media sebelum tampil untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Related Articles

Kata Che’gu Bard, sebelum ini mereka tawarkan RM5,000 kepada orang awam yang berjaya melaporkan tentang ‘wanita misteri’ itu dan kini semua terbongkar.

“Kita sediakan RM3,000 untuk sesiapa yang memberi kita maklumat berkenaan dengan wanita tersebut, RM2,000 lagi kita tawarkan siapa yang boleh menemukan kita dengan perakam video tersebut.

“Selepas 24 jam, kita bertemu semua maklumat tersebut. Kita tak jumpa lagi perempuan itu tapi kita tahu tempat kerja (Auni) dan perkara itu disahkan kawan-kawannya,” kata Che’gu Bard.

Tonton video pendedahan di bawah:

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button