Politik

Berita palsu: Najib sindir pemimpin DAP

MUNGKIN dahulu kerap sangat menyebar berita palsu ketika menjadi pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyindir beberapa pemimpin parti DAP yang kini berkempen bagi melawan fitnah dan berita palsu.

NAJIB RAZAK

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menjadi sasaran beliau menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

“Lawan. Jangan tak lawan. Demi keharmonian masyarakat dan kesejahteraan negara,” katanya.

Najib mengulas ciapan Kor Ming yang meminta rakyat supaya menolak berita palsu.

Dalam status sama, beliau turut memuat naik tangkap layar berita daripada portal Rocketkini.com yang bertajuk ‘Tak perlu bayar tol kalau Harapan menang’.

Berita tersebut diterbitkan portal pro DAP pada 19 April 2018.

Sementara Teresa pula memuat naik status ‘Siapa fitnah, dia akan masuk neraka!’ bersama artikel kenyataan Lim Kit Siang  dalam blog partinya.

SIAPA fitnah, dia masuk neraka! kata Teresa Kok dalam Facebooknya.

Artikel tersebut bertajuk ‘Daripada sebar fitnah, lebih baik Musa Hassan jelaskan kisah sebenar kes Altantuya’.

Status berkenaan diulas Najib yang meminta Teresa bertanya kepada bapa Menteri Kewangan itu mengenai kes berkaitan skandal tukaran wang asing dan mendiang Kevin Morais.

“Ya, Teresa. Dia memang banyak menfitnah. Cuba tanya dia tentang skandal Forex BNM RM33 bilion dan pendrive mendiang Kevin Morais,” ujarnya.

Wujudkan semula akta berita palsu?

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddn Yassin berkata kerajaan mungkin tidak menolak untuk mengadakan semula akta berita palsu.

“Ya, soal tidak ada undang-undang itu satu isu yang boleh kita fikirkan semula.

“Perkara itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk menelitinya dan diputuskan nanti,” beliau berkata demikian seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Terdahulu, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan akta Antiberita Tidak Benar selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Akta tersebut diwartakan Dewan Rakyat ketika Barisan Nasional (BN) memerintah bagi menyekat penyebaran berita palsu.

Terbaharu, kira-kira lima pemilik akaun media sosial dan aplikasi Whatsapp ditahan pihak berkuasa selepas didakwa menyebar berita palsu mengenai wabak Novel Coronavirus. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button