Nasional

Najib mahu dengar luahan rakyat hilang pekerjaan

PAGI hari ini mungkin menyentuh hati rakyat apabila Najib mahu mendengar luahan rasa risau di hati mereka yang hilang pekerjaan.

Mungkin ada sesuatu yang dilihat beliau mampu dilakukan bagi membantu mereka yang menghadapi situasi getir itu.

BACA > Kerajaan harus bantu industri media — Suara Merdeka

Pandemik Koronavirus (Covid-19) sememangnya memberi kesan begitu teruk kepada ekonomi.

Puluhan ribu orang di negara ini hilang pekerjaan akibat syarikat tidak mampu menampung operasi tanpa produktiviti.

Sektor yang paling terjejas dikenal pasti seperti pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat pelaburan dari luar negara yang ada di sini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, situasi ini dijangka belum lagi berakhir dan mungkin gelombang ketiga bakal menyusul.

“Saudara-saudari. Secara ikhlas dan sebagai kawan. Saya ingin bertanya khabar kepada semua. Apa khabar? Saya tahu keadaan tidak baik.

“Ramai di kalangan kita yang menghadapi kesusahan. Yang bekerja, dipotong gaji sehingga 40 peratus. Yang berniaga, ada pendapatan yang jatuh 70 peratus,” katanya dalam Facebook hari ini.

Tambahnya, beliau menyedari situasi kehilangan pekerjaan berlaku sejak Pakatan Harapan (PH)  menjadi kerajaan.

BACA > Teringat insiden lari berpagar Syed Saddiq — Suara Merdeka
BACA > Kehilangan wang di rumah Syed Saddiq: SPRM tahan pemimpin Armada — Suara Merdeka

Kemudian, bebanan itu diburukkan lagi dengan serangan Covid-19 sehingga memaksa operasi ekonomi dihentikan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepertimana yang saya kata beberapa minggu dahulu, banyak syarikat sedang mengkaji ramalan perniagaan mereka dan menilai semula kewangan masing-masing.

“Hampir setiap seorang di kalangan kita yang masih ada kerja dan pendapatan risau akan masa depan.

“Saya tahu, faham dan bersimpati. Jangan simpan. Jangan berseorangan. Saya di sini. Berkongsilah dan luahkan kepada saya,” ujarnya simpati.

Semalam, gergasi media negara, Media Prima Berhad sekali lagi mengumumkan akan melaksanakan pemberhentian pekerja kali kedua.

BACA > Covid-19 sebabkan kehilangan pekerjaan meningkat 42 peratus — Suara Merdeka
BACA > COVID-19: Kru kabin rugi 70% pendapatan — Suara Merdeka

Selepas 534 pekerja diberhentikan Mac lalu, seramai  kira-kira 300 lagi bakal terjejas melalui pelan rasionalisasi syarikat itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button