Luar Negara

Nahas kereta api di Sindh, Pakistan: 30 maut, lebih 50 cedera

SEKURANG-KURANGNYA 30 nyawa terkorban dengan lebih 50 lagi cedera dalam nahas kereta api di Wilayah Sindh, selatan Pakistan.

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan, tragedi itu berlaku hari ini di laluan antara stesen kereta api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Katanya, kemalangan berlaku selepas kereta api Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan kereta api Sir Syed Express yang menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Pasukan penyelamat sudah dikejarkan ke lokasi kejadian.- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button