Hiburan

Nabila Razali ‘terkucil’ di pentas akhir AJL35, MK beri semangat guna simbol ‘hati’

SEBENARNYA, lagu Peluang Kedua ini boleh menjadi lagu yang paling ditakuti oleh penyanyi Nabila Razali.

Lagu bergenre balada ciptaan Hael Husaini ini sebenarnya telah membuatkan Nabila menjadi tumpuan netizen untuk dikecam.

Sebelum ini, Nabila pernah ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu tersebut dalam satu rancangan televisyen yang disiarkan secara langsung.

Kemudian, menderu komen-komen netizen terhadap kemampuan vokal Nabila sehinggakan wanita itu mengalami kemurungan.

Semasa bertanding di peringkat separuh akhir, lagu tersebut telah digantikan penyanyinya dengan Hael selepas Nabila memberitahu yang dia mempunyai masalah kesihatan.

Lagu tersebut bagaimanapun berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 35 dan timbul desas desus sama ada penyanyi sebenar yang akan tampil atau diganti dengan individu lain.

Ternyata, selepas berhadapan dengan kemelut masalah kesihatan, Nabila akhirnya memilih untuk membawa lagu tersebut malam tadi.

Nabila di atas pentas tersebut nampak begitu gugup dan akibatnya, pada permulaan lagu lagi dia sudah membuat kesilapan.

Lontaran vokalnya tidak stabil. Mungkin disebabkan gementar akibat terlalu memikirkan kata-kata netizen.

Saat yang paling ditakuti juga muncul ketika Nabila terkucil dalam nyanyiannya. Perkara itu lantas menjadi topik hangat di laman sosial sedangkan wanita itu belum selesai membuat persembahannya.

Namun, penyanyi rap yang juga anggota kumpulan K-Clique menerusi laman sosialnya telah memberi semangat dengan menghantar simbol ‘hati’ kepada Nabila.

Menjadi tanda tanya selepas apa yang berlaku ini, bagaimana dengan kerjaya Nabila sebagai penyanyi? Adakah dia akan beralih arah ke bidang seni yang lain atau meneruskan kariernya?

Kalau Nabila ingin terus berkarya, maka dia perlu membuat sesuatu dengan tahap kemampuannya dalam bidang nyanyian.

Bangkit semula dengan lagu-lagu yang menarik. Peminat Nabila sentiasa memberi sokongan untuk terus melihatnya berada dalam dunia seni. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button