Muzikal Pelayaran Si Tanggang pecah panggung dua hari pementasan
Pementasan teater Muzikal Pelayaran Si Tanggang dari kelab Persatuan Jiwa Seni Malaysia pecah panggung selama dua hari berlangsung bertempat di Jabatan Kesenian dan Negara Negeri Sembilan.
Persembahan yang berjaya memukau para penonton sehingga tidak cukup tempat duduk itu membuktikan walaupun tiada selebriti yang popular di pentas, namun mampu menarik minat orang ramai menonton teater.
Menurut penulis skrip, komposer dan pengarah Teater Pelayaran Muzikal Si Tanggang, Amar Reza Zainal Abidin, objektif untuk melakukan pementasan ini untuk menaikkan cerita rakyat pada generasi terkini.
“Dahulunya saya merupakan seorang guru sandaran dan saya sedih apabila melihat anak-anak murid kini sekarang kurang pendedahan dan kurang tahu tentang cerita dongeng.
“Dengan adunan Muzikal cerita ini tidak terlalu berat untuk para penonton kita faham dan lihat, apabila ada elemen muzik ia akan lebih dekat serta menambah warna untuk persembahan”.
“Saya memang nak martabatkan cerita rakyat yang saya rasa makin lama makin terhangkis disebabkan pemodenan, kalau kita lihat sekarang budak-budak lebih kepada gadjet, jadi why not mereka sped masa sejam untuk menonton teater dapat moral dan pengajaran malah menerima input dari pementasan.” Jelasnya selepas persembahan.
Tambahan Amar lagi yang merupakan bekas pensyarah di Universiti tempatan ini, untuk memetaskan teater ini merupakan cabaran terbesar dengan mengambungkan pelajar pelajar-pelajar IPG Kampus Pendidikan dan pelakon yang berpegalaman dalam bidang teater.
“Tidak semua pelakon terbiasa untuk melaksanakan tugas teater muzikal seperti berlakon, menyanyi dan menari dalam masa yang sama.
“Kami berlatih hanya 20 hari sahaja, latihan kami berpisah, saya memang ulang alik dari Cyber ke Nilai untuk berlatih bersama pelajar IPG dalam masa yang sama pemuzik saya juga buat latihan.
Selain itu, Amar juga berharap kepada pihak kerajaan untuk memadang industri teater demi mertabatkan seni negara.
“Sebagai seorang pelajar dan penggiat teater saya sangat berharap agar kerajaan lebih bersifat dan berfikir secara holistik dalam pemilihan geran, kami memetaskan Taggang ini berdasarkan bajet yang kami ada, kalau ikutkan tidak cukup.
“Jadi saya sangat berharap agar teater ini dapat dipandang dan diiktiraf sebagai industri suatu hari nanti supaya pelajar dan graduan yang mengambil bidang teater ini, apabila mereka keluar dapat memasarkan sijil yang mereka ada dengan setarafnya.
Teater Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah tampil berkonsepkan indie
Selepas filem kini muncul pula teater Anwar : ‘Yayasan Anda’