Hiburan

Muka jadi senget, Faye Kusairi yakin dirinya akan sembuh

RAMAI sebenarnya yang risau dengan keadaan pelakon, Faye Kusairi yang mengalami bell palsy iaitu peyakit yang membuat muka seseorang lumpuh sebelah.

Namun bagi Faye, dia yakin dirinya akan segera sembuh dan menganggap ujian yang dialaminya adalah rezeki daripada Allah.

“Saya sedar betapa ramai yang risau dengan keadaan saya sekarang dan saya harap video saya akan memberi keyakinan kepada semua termasuk pesakit yang menghadapi Bell Palsy.

“Jangan risau dan stress. Kena percaya yang diri kita akan sembuh dan jangan berhenti untuk berusaha.

“Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk terus sembuh dan jangan malu dengan keadaan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Faye memaklumkan yang mukanya semakin menunjukkan respon yang positif selepas menjalani beberapa sesi rawatan.

Jelasnya, mengikut rekod ada pesakit yang akan sembuh paling cepat pun dalam masa dua minggu dan ada juga yang dalam masa setahun masih belum pulih.

“Jangan risau. Saya tidak murung atau bersedih dengan apa yang berlaku. Saya harap pesakit lain pun akan kekal positif seperti saya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein turut memuat naik status yang mendoakan kesihatan seseorang.

Ramai yang beranggapan ucapan dan doa itu ditujukan khas kepada Faye meski pun Elly tidak meletakkan nama sesiapa dalam statusnya.

Tindakan Elly itu turut mendapat reaksi positif daripada pengikutnya apatah lagi sebelum ini kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang agak keruh. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button