Politik
Muafakat pemimpin Melayu, bumiputera semakin mantap – Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa berkata, muafakat dalam kalangan pemimpin Melayu dan bumiputera semakin mantap yang bakal menjadi kerangka masyarakat majmuk negara ini.
“Syukur Alhamdulillah Persefahaman dan Muafakat kalangan pemimpin, parti, NGO, NGI Melayu dan Bumiputera semakin mantap.
“Permuafakatan ini haruslah dalam kerangka masyarakat majmuk Malaysia, di mana kesepaduan orang Melayu dan Bumiputera menjamin kestabilan dimana semua kaum mendapat tempat sewajarnya berasaskan hak hak yang dijamin dalam Perlembagaan Negara,” katanya dalam hantaran ke Facebook beliau.
Negara, kata beliau, memerlukan satu “reset” dan rekayasa politik yg lebih padu dan kukuh. Ini hanya boleh di capai dengan meletakkan sesuatu di tempat yg betul.Terlalu banyak mereka yang melakukan manipulasi politik dan mengamalkan Machiavellian Politics, menyebabkan segala galanya rapuh dan bakal runtuh akhirnya.
“Insya-Allah dengan terbentuknya persefahaman dan Muafakat baru ini, agenda rakyat dapat didahulukan dan era kakistokrasi Kleptokrasi boleh ditamatkan,” katanya.