Politik

Muafakat Nasional pengsan, tak mati-Tuan Ibrahim Tuan Man

TIMBALAN Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan bersama UMNO masih bernyawa sungguhpun dalam keadaan “pengsan” ketika ini.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, walaupun dua parti itu dalam kerangka politik berbeza, mereka perlu bersama “menyatukan umat Islam”.

Ahmad Zahid Hamidi.

PAS dan UMNO sebelum ini saling tuduh menuduh mengabaikan piagam MN yang diasaskan oleh mereka empat tahun lalu.

Hubungan dua parti itu tegang apabila PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu sekali gus mahukan parti serpihan UMNO itu turut menyertai MN.

UMNO bagaimanapun membantah keras tindakan PAS itu kerana melihat Bersatu sebagai pengkhianat yang berusaha “membunuhnya”.

Dalam wawancara dengan FMT baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata, MN tidak patut dilihat sebagai terkubur.

“MN belum mati lagi cuma sedang ‘pengsan’,” katanya ringkas mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 15 Mac lalu yang partinya akan terus bersikap “husnuzon” iaitu bersangka baik terhadap MN.

“Saya lihat atas asas penyatuan ummah, agenda kita tak pernah berhenti dan jangan lihat bila parti itu tak bergabung maka umat ini berpecah, tidak,” kata Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Zahid turut memberi gambaran hala tuju gagasan itu mungkin akan berubah sekiranya pemimpin parti bertukar.

Untuk rekod, MN digagaskan oleh UMNO dan PAS ketika dalam blok pembangkang sebagai usaha penyatuan ummah pasca PRU14 yang dimenangi Pakatan Harapan (PH). – SM

BACA Demi akar umbi: UMNO, PAS kembalikan Muafakat Nasional

BACA Muafakat Nasional nampak tidak hidup tapi belum mati – Tuan Ibrahim Tuan Man

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button