Politik

Pembahagian kerusi DUN di enam negeri untuk PRN selesai – Muhammad Sanusi

DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pembahagian kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah selesai.

Muhammad Sanusi yang juga merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, keputusan yang dicapai itu akan dibawa kepada PN Pusat untuk dimuktamadkan.

“Kita sudah selesaikan pembahagian kerusi di peringkat negeri,” katanya kepada media sebelum Majlis Berbuka Puasa Sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria Bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan MB Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta MB Kedah di Ampang.

Muhammad Sanusi berkata gabungan itu juga telah melancarkan jenteranya dan menyusun strategi untuk 100 hari bagi menghadapi PRN sekali gus telah melantik ‘Mas’ul’ (koordinator) di setiap negeri yang akan bertanding pada PRN kali ini.

Majlis Berbuka Puasa Sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria Bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang
Majlis Berbuka Puasa Sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria Bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang

Mengenai kutipan dana berkenaan, Muhammad Sanusi berkata pihaknya menyasarkan untuk membiayai 100 rumah kontena yang mempunyai satu bilik tidur, ruang tamu, ruang masak dan tandas kepada rakyat Turkiye yang terjejas bencana gempa bumi dengan harga RM30,000 untuk sebuah kontena.

“Tujuan kita buat majlis hari ini untuk ke arah mendapatkan dana untuk membiayai rumah sementara ini,” katanya.

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button