Mono 4 Rantaian mengisahkan 4 jalan cerita berbeza di satu pementasan
Mono 4 Rantaian merupakan persembahan mono yang menggabungkan 4 naskah dan 4 pelakon yang berbeza dalam 1 persembahan.
Setiap naskah mempunyai kisah yang menyentuh mengenai hidup masyarakat Malaysia.
Persembahan teater mono amat kurang dipersembahkan kepada khalayak mungkin kerana gaya persembahannya lebih menumpukan kepada cara penceritaan dan pembawakan watak oleh pelakon.
Semoga dengan persembahan ini akan dapat memperkenalkan satu lagi cabang teater yang kurang diketengahkan oleh produksi teater terutama luar dari pertandingan teater di Malaysia.
Bakal dipentaskan di Revolution Stage, Damansara pada 2-6 Ogos 2023 pada pukul 9 malam namun untuk 5 dan 6 haribulan akan dibuat 2 kali pementasan iaitu pada pukul 3 petang dan 9 malam.
Menurut salah satu pelakon dalam Mohd Suffian, tujuan mono teater ini dilakukan agar dapat menarik minat masyarakat terhadap seni teater seterusnya mencintai salah satu cabang seni yang semakin jauh dari hati masyarakat.
“Kita sedia maklum masyarakat semakin memadang sepi terhadap seni teater, tujuan utama mono ini dijalankan untuk menarik minat penonton untuk menonton teater ini jadi kami menghidangkan sketsa pendek agar lebih menarik perhatian dan tidak membosankan kepada para penonton.” Jelasnya.
Naskah yang dipentaskan adalah Piala Untuk Ayah, Hutang, Benang Arang dan Aguk pasti akan memberi kesan kepada penonton apabila meningalkan panggung teater.
Penglibatan: Kumpulan Teater Aspirasi, KasetN9, Kejar Tayang.
Harga tiket RM35, sebarang pertanyaan boleh hubungi Suky 012 317 0618 dan untuk tempahan tiket boleh layari.
https://www.ticket2u.com.my/event/31742/mono-4- rantaian?fbclid=IwAR2sa2gDutIb04FfCHwfi79W4Om7AqOG1F89S_x6YZIfIqX4AawGRRcRNls