Rencah Hidup

Mohammad Rafiezulanwar Jaffri penuhi janji cabaran 1 juta komen

“Jika lembu dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya’. Itu peribahasa Melayu yang menunjukan betapa penting sebuah janji dan jika dilafazkan perlu ditunaikan.

Begitu juga dengan Mohammad Rafiezulanwar Jaffri yang berjanji akan mengunting rambuatnya dengan style botak tengah sekiranya hantaran yang dibuat di laman Facebooknya mendapat satu juta komen daripada netizen.

“Dapat 1M comment, aku akan potong rambut macam niyy. Takkan dapat punya 1M comment tu,” tulis Mohammad Rafiezulanwar Jaffri yang turut berkongsi gambar seorang lelaki yang mempunyai fesyen rambut yang melucukan itu.

Tidak sampai sembilan jam Mohammad Rafiezulanwar Jaffri membuat cabaran itu, hantaran yang dibuatnya mendapat lebih satu juta komen daripada netizen.

Berpegang pada janjinya itu beliau menunaikan cabaran yang dibuat dengan menggunting rambutnya tanpa memberi banyak alasan.

BACA Netizen penuhi cabaran ‘Dapat 1M comment, aku akan potong rambut mcm niyy’

Malah Mohammad Rafiezulanwar Jaffri berjanji untuk mengekalkan gaya rambut ibarat sebuah bukit yang gersang tanpa sebatang pokok pun dan dikelilingi rumput-rumput menghijau di sekeliling bukit itu untuk beberapa hari bagi memenuhi permintaan netizen.

“Alhamdulilah, saya sudah tunaikan janji saya dengan izin Allah. Semua niyy hanya laa sekadar hiburan. Terima kasih yang comment, yang mendoakan, yang always positive.

“Maaf jika ada yang kurang daripada saya. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dunia semakin pulih dari Covid-19.

“Saya akan kekalkan rambut saya untuk beberapa hari demi permintaan kamu semua,” kata Mohammad Rafiezulanwar Jaffri.

Lebih gentleman Mohammad Rafiezulanwar Jaffri menggunting rambutnya secara siaran langsung di Facebooknya pada pukul 10 malam tadi. Siaran langsung itu ditonton lebih 17,000 orang.

Tindakan Mohammad Rafiezulanwar Jaffri menunaikan janjinya tanpa berbolak-balik memberi alasan dipuji oleh netizen.

Gentleman,” komen Najib Saahari.

Respect from Kota Bahru kanada. You are very gentle bro,” kata Zulfaqar Amin.

“Terbukti kau lebih berani dari harimau panjang longhinya tu. Kena cabar tak lari. Bukan jenis sembang lebih. Nice bro,” puji Syah Ais.

“Ni baru anak jantan. Janji ditunaikan. Jangan jadi long ronghiyal tu. Pum pang pum pang last-last lari bila org datang cari dia. Sekarang tau-tau dah kena cekup polis. Hahaha,” komen Syawal Genji.

“Saya respek awak. Orang seperti awaklah boleh dijadikan kawan kerana tepati janji. Walaupun di alam maya dah tepati janji, rasa kalau kenal betul, memang awak terbaik,” kata Ace Khoo.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button