Rencah Hidup

Netizen penuhi cabaran ‘Dapat 1M comment’ potong rambut mcm niyy’

JANGAN sesekali melontarkan cabaran yang bukan-bukan kepada netizen. Ini kerana sudah pasti dengan kuasa tentera bawang segala yang anda hajati akan ditunaikan. Baik atau buruk.

Inilah yang berlaku kepada pemilik akaun Facebook Mohammad Rafiezulanwar Jaffri.

Pemuda itu membuat cabaran untuk mengunting rambutnya dengan gaya botak licin di tengah-tengah kepala dengan membiarkan rambut di sekeliling memanjang sekiranya mendapat satu juta komen pada hantaranya.

“Dapat 1M comment, aku akan potong rambut macam niyy. Takkan dapat punya 1M comment tu,” tulis Mohammad Rafiezulanwar Jaffri dengan berkongsi gambar seorang lelaki yang mempunyai fesyen rambut yang lucu itu.

Mohammad Rafiezulanwar Jaffri mungkin berfikir adalah mustahil untuk beliau mendapat satu juta komen daripada pengikut Facebooknya.

Bagaimanapun tidak sampai sembilan jam beliau melontarkan cabaran itu ianya telah disahut oleh lebih sejuta pengguna Facebook yang berkongsi hantaran berkenaan bagi mencapai sasaran satu juta komen.

Mereka hanya mencoretkan komen yang ringkas. Ada yang hanya menulis nombor seperti 1,2,3 dan ada yang hanya menulis abjad seperti A, B, C sahaja semata-mata untuk memenuhi ruangan komen sebanyak satu juta.

Menyedari ruangan komennya telah mencapai jumlah cabaran yang dibuatnya, Mohammad Rafiezulanwar Jaffri membuat hantaran baharu sebentar tadi.

“Ya sabar ya, saya tak lari. Ada je ni. Belum habis kerja lagi. Sabar-sabar,” tulis Mohammad Rafiezulanwar Jaffri.

Bagaimanapun netizen yang rata-rata tidak sabar untuk melihat Mohammad Rafiezulanwar Jaffri mempunyai gaya rambut yang baru.

Ramai daripada netizen mahu agar Mohammad Rafiezulanwar Jaffri membuat siaran langsung ketika mengunting rambutnya itu.

Selain tanda pagar #kaminaklive terdapat juga tanda pagar #jangantipuRamadhan pada ruangan komen hantaran itu.

“Boss… challange-challenge gak. Mesti ingat ini bulan Ramadan. Kena tunaikan tu. Kikiki #kamixsabornaktgklive,” komen Fendi Aziz.-SM

(Visited 955 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button