Politik

Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Kuasai bahasa Melayu agar faham maksud ‘rintis’

Kesombongan segelintir masyarakat bukan Melayu yang tidak mahu menguasai bahasa Melayu menyebabkan perkataan ‘rintis’ bagi Modul Hadis 40 Imam Nawawi disalah tafsir.

Sedangkan menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara dan seluruh masyarakat harus menjulangnya sebagai bahasa ibunda.

Namun setelah 66 tahun British dipecat daripada terus berkhidmat di Tanah Melayu untuk Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia hari ini, kesombongan itu masih menebal.

Apabila sebuah parti politik yang ditunjangi kaum Cina menerusi MCA mengatakan berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri isu Modul Hadis 40 Imam Nawawi, siapakah mereka?

Di sini telah berlaku pelanggaran kefahaman kerana sepatutnya Perdana Menteri berpuas hati dengan penjelasan MCA mahu pun Gerakan yang telah mencetuskan kekecohan akibat ketidak fahaman mereka.

Maka disebabkan ketidak fahaman ini, rupanya tersangat ramai dalam kalangan mereka yang bertahun-tahun menjadi rakyat Malaysia, masih tidak faham berbahasa Melayu.

Sehubungan itu, permasalahan akar ini perlu diselesaikan kerana kekeliruan bahasa akan menyebabkan banyak komunikasi masa depan menjadi kacau!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button