Travel

Minyak wangi nama klasik cetusan idea dari OKU ini

WALAUPUN kurang upaya (OKU) lelaki bernama Amirul Safuan tidak menghalang dirinya untuk menjadi seorang usahawan dengan mengeluarkan minyak wangi jenamanya sendiri.

Beliau yang sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan semasa tahun 2020 dan hampir 2 tahun terlantar sakit, enggan membiarkan dirinya terus menjadi penghalang kini dia bangkit memperkenalkan produk sulungnya.


Dalam satu majlis yang berlangsung pada Sabtu lepas, memperkenalkan minyak wangi Ameer Safone merupakan jenama di bawah Ameer Safone Ventures bertemakan ‘‘Celebrating Resilience, the New Beginning’’ berlangsung di WORQ KL Sentral, Kuala Lumpur.

Tiga haruman yang unik dengan diberi nama klasik ‘‘Srikandi’’, ‘‘Bahaduri’’, dan ‘‘Mahkota’’ Setiap haruman unik dihasilkan khusus bagi melengkapi personaliti si pemakai mengikut citarasa masing-masing, menggunakan bahan semula jadi.

‘‘Srikandi’’ menampilkan aroma manis yang melambangkan keanggunan, keyakinan dan feminin.
‘‘Bahaduri’’ bercirikan lelaki moden yang tampan bergaya, melambangkan kekuatan, keberanian, serta ketenangan.

‘‘Mahkota’’ menawarkan haruman yang diilhamkan oleh budaya Timur Tengah, membangkitkan unsur kemewahan dan misteri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ameer Safone Venture, memulakan langkahnya dalam bidang keusahawanan sejak setahun yang lalu, mengakui bahawa dunia minyak wangi ini tidak asing bagi dirinya.

Serta mempunyai minat yang mendalam dan merupakan seorang pengumpul koleksi minyak wangi jenama terkemuka dari seluruh dunia sejak sekian lama.

“Saya amat berbesar hati untuk memperkenalkan Ameer Safone. Saya percaya bahawa jenama kami berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan integral Malaysia dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan mampu bersaing melalui sokongan daripada pihak kerajaan, memberi keyakinan dan membuka lebih banyak peluang ekonomi khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara.’’

‘‘Minyak wangi mempunyai tempat yang istimewa di hati saya kerana ia mengingatkan saya kepada Allahyarhamah ibu tercinta. Ia benar-benar berfungsi sebagai sebuah mesin masa yang membawa kita kembali kepada memori, kenangan terindah atau detik-detik nostalgia,’’ kata Amirul semasa di majlis pelancaran Ameer Safone’’, katanya.

Berminat ingin mencuba haruman unik dan klasik ini boleh didapati di laman sesawang www.ameersafone.com.

Artikle Berkaitan :>

AirAsia tawar diskaun 20% sempena pelancaran lalauan baharu di China

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button