“Mereka Semakin Berani”, Tiga Drama Melayu Ini Bangga Mengangkat Budaya ‘Projek Main’!
Letaklah apa-apa alasan sekali pun sama ada untuk beri pengajaran ke, memang bertujuan nak paparkan realiti semasa ke, yang salah tetap salah dan yang haram tetap haram.
Drama atau filem adalah satu kaedah untuk membentuk pemikiran bangsa dan bangsa Malaysia hari ini boleh dikatakan majoriti agak bangang kerana dihidangkan dengan karya kurang berkualiti.
Kalau ada yang berkualiti pun tak banyak, hanya wujud di saluran lain seperti Netflix, Viu serta penstriman langsung yang lain namun yang jelas bukannya TV3 atau Astro.
Kalau nak drama yang penuh dengan sarat mesej, sudah tentu ada di RTM TV1 namun masalahnya jenama ini kurang digemari anak muda kerana dilabelkan sebagai siaran kerajaan.
Maka terpaksa diakui bahawa TV3 atau Astro memang banyak menjadi lubuk kepada production house untuk buat job kerana di situ ada penonton yang sangat tegar.
Walaupun umum mengetahui bayaran yang diterima production house tidaklah setinggi mana pun, walaupun disalakkan berpuluh tahun, stesen TV tetap king dalam menentukan cerita apa yang layak diterbitkan.
Jadi dalam hal ini apabila terbit karya-karya yang semasa dalam penggambarannya mengandungi elemen ‘projek main’ atau pun soft porn, wajarlah kita salahkan stesen TV.
Terdahulu pengarah drama bersiri Love In Lockdown teruk dikecam kerana memasukkan babak Siti Saleha yang cantik jelita baru selesai projek main dengan Shah Iskandar walaupun dalam kereta.
Tak kisahlah angkat pengorbanan frontliner ke apa namun pengkarya drama ini sudah sign surat untuk rosakkan pemikiran rakyat Malaysia ke macam mana?
Kemudian, timbul pula babak gay lakonan Aaron Aziz dan Gambit Saifullah menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa, kononnya sebagai pengajaran kepada realiti hari ini.
Namun kalau tak diceritakan, orang tak tahu, samalah macam dok sembang pasal wahabi, daripada orang tak tahu, jadi tahu dan kemudiannya keliru.
Dan yang terbaharu, drama bertajuk Perempuan Itu.. belum ditayangkan namun menayangkan babak intim dan menggoda daripada Zul Arifin dengan pelakon baharu, Siti Hariesa.
Siti Hariesa dalam salah satu babak memakai baju gaya maid yang sering dijelmakan dalam video-video porno yang pernah menghiasi memory card Nokia sabun dan Nokia daun suatu masa dahulu.
Apa komen anda? Mungkin selepas ini akan ada penulis skrip dan pengarah filem nak buat karya bagaimana cara orang boleh murtad atau menyembah dajjal dengan cara yang betul!