Mahkamah

Menteri Sabah alami vertigo, pendakwaan ditangguh 10 Julai

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony yang berhadapan dengan satu tuduhan baharu tidak hadir ke mahkamah pagi ini.

Pendakwaan terhadap beliau ditangguhkan ke 10 Julai. Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap dari Warisan itu dilaporkan dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami vertigo.

Peguam Peter, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu mahkamah anak guamnya pada mulanya sepatutnya menaiki penerbangan jam 4.15 petang dari Sabah ke sini, petang semalam.

Bagaimanapun, Peter terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu kerana mengalami vertigo.

Rozina kemudian menetapkan 10 Julai untuk Peter didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Perincian pertuduhan baharu terhadap Peter hanya akan diketahui ketika dibacakan kepada Peter di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 10 Julai.

Pada 11 Jun, Peter dituduh dengan lima tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta.

Pada 18 Jun, dia dituduh dengan tuduhan bersubahat dengan jenayah pecah amanah berjumlah RM15,545,400 yang melibatkan perjanjian tanah antara 2014 dan 2015.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button