Nasional

Menteri kongsi foto tren berlanggar, berjaya bawa keluar pagi ini

GAMBAR  tren LRT yang berlanggar antara satu sama lain dalam kejadian tiga hari lalu telah dikongsi oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong di Facebooknya hari ini.

Beberapa keping gambar menunjukkan kepala kedua-dua tren tersebut rosak teruk dengan cerminnya retak sejuta, remuk dan  bahagian bawah yang tercabut sekaligus mengambarkan betapa dasyatnya kejadian berkenaan.

Ka Siang berkata, Team Recovery Rapid Rail telah berjaya membawa keluar kedua-dua tren yang terlibat dalam kemalangan pada 24 Mei 2021 pada pukul 5.30 pagi tadi.

Kerja membawa keluar tren berkenaan berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan setelah bekerja tiga shif tanpa henti.

Beliau berkata, syarikat Prasarana akan menumpukan kerja-kerja pembaikan trek dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.

“Akan tetapi Team Recovery terpaksa menutup pembekalan kuasa untuk seluruh laluan yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang melibatkan 5 buah stesen LRT.

“Stesen LRT yang terlibat ialah Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi jaminan pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Menurut Ka Siong, sebaik saja kerja pembaikan laluan selesai APAD akan membuat pemeriksaan bagi mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut.

“Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan bottleneck dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti seperti yang disyaratkan sepanjang PKP 3.0 dengan SOP diperketatkan sehingga 7 Jun tanpa mengurangkan frekuensinya seperti kenyataan media saya pada 22 Mei 2021,” kata Ka Siong.

Pengoperasian LRT pada hari ini masih beroperasi menggunakan satu landasan dan masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui laluan berkenaan adalah 16 minit.

Kaedah “platoon” akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan bottleneck.

Sebanyak 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi
sepertimana yang telah diumumkan semalam.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button