Rencah Hidup

Menantu dakwa ibu warga emas dalam TV buang anak-anak

KISAH seorang ibu warga emas yang ditemuramah dan disiarkan dalam sebuah televisyen tempatan malam tadi mengundang simpati masyarakat.

Warga emas itu dilaporkan mempunyai sembilan orang anak namun tidak ada seorang pun yang mahu menjaganya. Lantaran itu dia ditempatkan di sebuah rumah penjagaan orang tua.

Bagaimanapun seorang wanita tampil di media sosial mengaku sebagai salah seorang menantu kepada warga emas terbabit.

Wanita berkenaan mendakwa, warga emas terbabit bukan dibuang keluarga tetapi sebaliknya dia yang telah mengabaikan anak-anaknya sejak dari kecil.

Menantu terbabit juga mendakwa bahawa warga emas berkenaan mempunyai harta dan telah menjadikan keluarganya sebagai musuh.

“Sahabat sekalian. Untuk makluman ini adalah ibu mertua saya. Dan untuk makluman juga bukan anak-anak yang buang dia tapi dia yg buang anak-anak. Buang anak-anak sejak mereka kecil ya kawan-kawan.

“Berpisah dengan arwah ayah dan terus tak ambil peduli pasal anak-anak. Dia banyak duit ya. Memang hidup tak susah. Ada rumah sendiri. Ada harta. Tapi anak-anak dan menantu semua adalah musuh dia.

“Suami saya adalah anak yg selalu dia hina. Suami saya ni miskin, orang susah. Anak-anak suami saya bukan cucu dia. Padahal masa dia tinggalkan arwah ayah, anak-anak masih kecil dan suami sayalah yang uruskan semua,” katanya.

Tambahnya lagi, ibu mertuanya itu juga berkeras untuk pulang ke Kuala Lumpur ketika dia dipelihara oleh salah seorang anaknya.

Wanita terbabit juga mendakwa, adik iparnya yang paling bongsu hampir bercerai disebabkan oleh ibu mertuanya itu.

“Abang ipar yang sulung jaga dia elok-elok tapi dia yang tak nak dan berkeras nak balik KL. Maki hamun memang mainan dia ya. Anak bongsu hampir bercerai berai kerana dia.

“Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus diperbetulkan. Orang yang tak tahu memang akan kesian kat dia. Biasalah naluri kita manusia mudah kesian nak pulak dia org tua.

“So, please do not judge when you do not even know the whole story. The truth!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Berita wanita warga emas itu tular di media sosial selepas disiarkan dalam berita.

Ceritanya mengundang simpati masyarakat selepas mendakwa dia dibuang oleh sembilan orang anaknya.-SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button