Ekonomi

Menangi sebahagian dari RM125,000 melalui Kempen Ratu Muslimah

Kempen Kempen Ratu Muslimah Bank Rakyat ini diadakan sempena Hari Wanita Sedunia

BANK RAKYAT menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM125,000 secara keseluruhan menerusi Kempen Ratu Muslimah khusus buat 30 pelanggan bertuah yang berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat bermula 8 Mac sehingga 31 Mei 2022 bersempena dengan Hari Wanita Sedunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan, pelanggan boleh menyertai kempen ini dengan hanya melakukan sebarang jenis transaksi pembayaran runcit menggunakan Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat dan mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan menerusi dua kategori iaitu Kempen Amaun dan Kempen Transaksi.

“Bagi Kempen Amaun, 15 pelanggan bertuah yang melakukan minimum RM3,000 transaksi pembayaran runcit sepanjang tempoh kempen berpeluang untuk memenangi hadiah berupa peralatan memasak pintar, Thermomix.

“Manakala, Kempen Transaksi pula menawarkan hadiah berupa pengering rambut jenama Dyson kepada 15 lagi pelanggan bertuah yang melakukan minimum 30 transaksi pembayaran runcit sepanjang tempoh kempen. Bagi setiap transaksi yang dilakukan, tiada perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk menyertai Kempen Transaksi ini.

“Lagi banyak penyertaan yang dilakukan, lebih besar peluang anda untuk menang. Bagaimanapun, transaksi pembayaran runcit yang dilakukan mestilah bagi pembelian barangan patuh Syariah sahaja,” tambah beliau.

Mengulas lanjut, Dato’ Syed Abdul Aziz berkata, kempen yang direka khas untuk meraikan hari rasmi istimewa golongan wanita yang disambut setiap tahun ini adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang merupakan penggerak utama pembangunan negara dan pembangunan institusi ‘Keluarga Malaysia’.

“Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2022, Bank Rakyat mengambil inisiatif untuk memberi penghargaan kepada golongan wanita terutamanya pemegang Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat menerusi penganjuran kempen sebegini dan diharapkan dapat memberi kegembiraan kepada mereka sambil berbelanja,” ujar beliau.

Para wanita yang berminat boleh memohon Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan atau membuat permohonan secara dalam talian menerusi pautan pebankan internet i-Rakyat.

Di samping itu, Bank Rakyat juga menawarkan pulangan tunai 5% menerusi kempen Petrol Khamis! (Fuel Thursday!) bagi pelanggan yang berbelanja menggunakan Kad-Kredit-i Bank Rakyat untuk setiap transaksi pembelian petrol dan barangan lain di mana-mana stesen minyak di seluruh negara. Tawaran ini boleh dinikmati pada setiap hari Khamis bermula pada 13 Januari sehingga 5 Mei 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 atau Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03 2693 6880, kunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran dan ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button