Menampikan keunikan ratu cantik dari gadis ‘Istimewa’
Menampilkan keunikan yang berbeza dalam pertandingan ratu cantik, Miss Amazing Malaysia memperkenalkan bakat baru dari golongan gadis kurang upaya (OKU) yang berumur 16 sehingga 38 tahun.
Seramai 12 peserta dari Artistik dan Sindrom Down menyertai pertandingan ini bagi meningkatkan dan memperkasakan diri mereka secara tidak langsung dapat mempamerkan bakat yang terpendam.
Jelas pengasas Miss Amazing Malaysia, Maynicca Devi Rajamanikam, objektif ini untuk permulaan untuk satukan semua gadis OKU bagi mengenali antara satu sama lain.
‘’Untuk Miss Amazing Malaysia ini, saya ingin mulakan satu komuniti dan mengumpulkan semua OKU untuk beramah mesra dan berkawan, mereka ini sering bersama keluarga jadi dengan adanya program ini dapat mengenali antara satu sama lain’’. Katanya selepas sesi pelancaran Miss Amazing Malaysia yang berlangsung di Bunglaw53, Bangsar.
Para peserta akan diberikan kelas dalam kemahiran seperti, perundingan imej, dan menerima bimbingan yang disesuaikan dalam dandanan, solek dan fesyen.
Mereka juga akan menjalani latihan komunikasi dan pengucapan awam serta bersosial di kalangan komuniti.
Dalam pemilihan yang teliti bagi finalis ini, mereka perlu memiliki kesihatan yang baik tanpa
perubatan yang ketara dan menunjukkan kecekapan dalam memahami arahan asas
sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
Pusingan akhir Miss Amazing Malaysia 2023/2024 akan berlangsung di Jasmine Banquet
Dewan pada hari Ahad, 7 Januari 2024.
Artikle Berkaitan :>
Ratu Cantik Russia Kritina Dukhina bakal merengok 20 tahun dalam penjara
Bekas ratu cantik Romania dipecat kerana terlalu cantik