Luar Negara

Ratu Cantik Russia Kritina Dukhina bakal merengok 20 tahun dalam penjara

AMAT malang sekali bagi Ratu Cantik Rusia dan juga peserta akhir Miss Dubai, Kristina Dukhina yang bakal berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.

Segalanya berlaku selepas polis menemui lebih setengah kilogram (kg) dadah jenis mephedrone di apartment milik Dukhina.

Berusia 34 tahun, Dukhina ditahan polis dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas apartment mewah yang terletak di kawasan elit di Moscow.

Penguatkuasa undang-undang tempatan mengatakan bahawa pemilik agensi model itu juga ditahan kerana disyaki cuba mengedar dadah.

“Dukhina dikatakan ditangkap dan ditahan pegawai polis dan dia berkemungkinan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun di bawah Kanun Jenayah Persekutuan Rusia,” menurut laporan Daily Star.

Selebriti glamor itu pernah menjadi naib Juara dalam Pertandingan Miss Dubai 2019 dan juga pemenang Grand Prix Miss Federation serta memenangi hadiah utama dalam satu pertandingan ratu cantik Rusia tahun 2020.

Dukhina yang juga ibu kepada dua orang anak kini disiasat tentang penyediaan dadah secara haram untuk dijual.

Dukhina juga dikatakan telah meninggalkan dunia media sosial namun sebelum itu, beliau sempat memberi nota ringkas kepada para pengikutnya iaitu peminat.

Mengimbau kembali detik Dukhina bercakap kepada meida sejurus sebelum dinobatkan sebagai Naib Juara pertandingan Miss Dubai, katanya, beliau sentiasa yakin dengan diri dan kecantikan yang dimilikinya.

Selain itu, beliau juga mahu menunjukkan contoh tauladan kepada masyarakat bahawa tiada impian yang mustahil untuk dicapai. – SM

(Visited 636 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button