Melayu wajib pangkah PN, bukan Melayu wajib tolak DAP
Keseluruhan bangsa Melayu sudah tidak mempunyai pilihan kecuali memangkah semua calon-calon PN pada PRN ini sekiranya mahukan masa depan Melayu serta Islam terpelihara secara berkekalan.
Kerajaan Madani sudah tidak izinkan orang-orang Melayu untuk bersatu-padu dan tidak membenarkan lagi kita bercakap mengenai permasalahan anak bangsa.
Proklamasi Orang Melayu (POM) yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini dipantau serta disekat hak orang-orang Melayu untuk bersatu-padu berbicara mengenai permasalahan seterusnya mencari formula penyelesaian terhadap polemik Melayu yang belum selesai.
Hak orang-orang Melayu termaktub secara jelas dalam perlembagaan persekutuan tetapi kini dah mula cuba dinafikan oleh kerajaan Madani secara menyalah-guna kuasa.
Bercakap atau berbicara mengenai kepelbagaian kaum yang mana hak-haknya tidak disebut secara spesifik dalam perlembagaan persekutuan digalakkan kini.
Pemimpin-pemimpin POM seorang demi seorang ditahan dan disoal-siasat oleh pihak PDRM.
Namun, saya amat mengetahui pendirian PDRM cuma mereka terpaksa melaksanakan tanggungjawab serta tugas sebagai penguatkuasa undang-undang di negara kita.
Saya dan Datuk Wira Marzuki Yahya bakal disoal-siasat oleh pihak PDRM pada hari Isnin depan (31 Julai 2023) jam 2:30 petang di pejabat Sekretariat POM.
Insya-Allah, kami akan beri kerjasama yang sewajarnya pada PDRM yang hanya terpaksa menjalankan tugasan mereka semata-mata.
Para pengundi cina wajib tolak parti DAP dalam PRN ini kerana DAP sudah tersimpang jauh dari prinsip perjuangan mereka.
Parti DAP kini sudah menggadaikan maruah mereka pada UMNO serta BN demi untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.
Sekiranya pengundi cina memangkah calon-calon DAP dan PH ini membawa erti mereka sudah menyokong UMNO serta BN yang kita perangi dari tahun 2014 sehingga 2018 dulu.
DAP sudah ‘tidur sebantal dan mimpi sama dengan UMNO serta BN pada hari ini.
Sesungguhnya, kami bekas pemimpin-pemimpin UMNO walaupun demi untuk mempertahankan kuasa pada tahun 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad tetap menolak kleptokrats sehingga saat ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh negarawan yang amat kuat berpegang pada prinsip perjuangan bagi menegakkan kebenaran.
Beliau boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali ketiga sekiranya sanggup bergabung dengan UMNO sewaktu kerajaan PH tumbang dahulu.
Pada PRN ini orang-orang Melayu wajib sokong PN dan masyarakat cina harus menghukum DAP serta PH kerana sanggup bekerjasama dengan golongan kleptokrats.
Keseluruhan rakyat Malaysia kena berani menghukum pemimpin-pemimpin politik ‘opportunist’ yang sanggup gadaikan prinsip perjuangan murni demi untuk mendapatkan kuasa.
Lanskap politik tanahair mesti dibersihkan dan dicuci dari pengkhianatan pemimpin-pemimpin ‘opportunists’ yang hanya mementingkan jawatan semata-mata walaupun mereka tidak tahu bagaimana hendak mentadbir negara ini secara efektif.
Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Pengerusi
Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu
29 Julai 2023