Politik

Media berniat jahat terhadap Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata media ada niat jahat kerana mendakwa mereka memutarbelitkan kenyataannya.

Ini apabila laporan Astro Awani bahawa Khalid menyanggah Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Perhimpunan Maruah Melayu,

Kata Khalid, beliau bersetujy dengan Dr, Mahathir bahawa apabila sesuatu kaum mengadakan perhimpunan bagi kaumnya, untuk membincangkan masalah kaumnya dan negara, ia bukan rasis.

“Malahan ianya hak mereka. Kenapa dikatakan saya sanggah Dr Mahathir? Astro Awani ada agenda jahat? Tanya Khalid dalam twitternya.

Sebelum itu beliau menegur Harian Metro kerana meletakkan tajuk berita ‘amat mengelirukan’ berhubung pengambilan tanah Kampung Baru.

Related Articles

Khalid berkata tajuk akhbar itu ‘Kampung Baru: Ambil secara paksa pilihan terakhir’ mengelirukan.

“Tajuk berita AMAT MENGELIRUKAN. Yang disebut adalah seperti kes 7 dari 10 pemilik lot setuju dan 3 lagi tak setuju. Dalam keadaan itu, atas desakan 7 pemilik itu, kerajaan MUNGKIN pertimbangkan pengambilan lot tersebut. BUKAN pengambilan dalam semua keadaan. Kenapa nak kelirukan? Katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button