Politik

Siapa salah, Dr. Mahathir atau Kia Soong?

KUALA LUMPUR – Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, maksud pribumi selain daripada Orang Asli, juga meliputi masyarakat atau penduduk bumiputera.

Bumiputera di sini termasuklah orang Melayu dan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak.

Apa yang jelas, istilah pribumi tiada dimaksudkan sebagai kaum Cina, India atau lain-lain.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara yang membabitkan hak-hak orang Melayu sebagai pribumi digaris dengan jelas.

Justeru, kita agak terkejut dengan kenyataan dikeluarkan Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong apabila mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak mendefinisikan orang Melayu sebagai pribumi di Malaysia.

Dan menambah,  definisi ini ‘sangat salah dan tidak betul dari segi fakta’ (jika) merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli di Semenanjung.

Ini kerana dakwa beliau, Perlembagaan Persekutuan hanya mengiktiraf Orang Asli sebagai golongan pribumi.

Memetik sebuah portal, kenyataan Kia Soong itu bagi mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa membuat ‘tafsiran baharu’ dengan merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli dlbagi mempertahankan kehadiran beliau dalam Kongres Maruah Melayu.

“Ini ialah tafsiran baharu dan satu lagi cubaan untuk menyalah tafsir Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana Menteri sepatutnya lebih berhati-hati dalam merujuk rakyat ditadbirnya di negara ini,” katanya dalam kenyataan bertajuk ‘Saya tidak tahu kita ada Perdana Menteri Orang Asli’.

Mahathir menerusi catatan blognya merujuk orang Melayu sebagai pribumi ketika mengulas kritikan terhadap Kongres Maruah Melayu yang berlangsung pada 6 Oktober lalu.

“Saya sedih memikirkan di negara mereka sendiri, pribumi tidak boleh mengadakan perhimpunan mereka sendiri tanpa dituduh rasis.”

Dr. Mahathir mempertahankan Kongres Maruah Melayu dan berkata, ia adalah perkara normal bagi rakyat Malaysia mengadakan pertemuan dengan kumpulan etnik sendiri.

Dalam hal ini, kita tertanya-tanya siapa yang sebenarnya tidak faham isi kandungan Perlembagaan Persekutuan?

Dr. Mahathir salah atau Kia Soong yang salah?

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button