Hiburan

MDX 2024 memperkasakan Malaysia dalam Era Digital

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi di bawah Kementerian Digital, semalam mengumumkan bakal mengajurkan Persidangan Malaysia Digital Xceleration (MDX) 2024, yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Persidangan MDX 2024, yang dianjurkan dengan kerjasama Synapze sebagai Rakan Strategik, dijangka akan merubah landskap digital negara dengan menampilkan teknologi terkini yang akan mempengaruhi kehidupan, pekerjaan, dan interaksi rakyat Malaysia.

Dengan fokus kepada lima bidang transformasi, persidangan ini bertujuan untuk memajukan ekonomi digital negara dan memperkukuh daya saing di peringkat serantau.

Lima Teras Utama Persidangan MDX 2024:

  1. Data Trust: Menekankan keselamatan siber dan kriptografi untuk memastikan interaksi dan transaksi digital yang selamat dan dipercayai.
  2. Next-Gen Computing: Mempersembahkan kemajuan dalam teknologi seperti Unit Pemprosesan Grafik (GPU), Perkomputeran Kuantum, Perkomputeran Tanpa Pelayan, Perkomputeran Pinggir, dan Model Bahasa Besar (LLM) untuk menangani cabaran global yang kompleks.
  3. Computer Vision: Memberdayakan mesin untuk melihat, mentafsir, dan mengubah persekitaran kita.
  4. Metaverse: Mengubah cara hidup, bekerja, dan bersosial melalui pengalaman digital yang imersif.
  5. Digital Twins: Merevolusikan industri seperti penjagaan kesihatan dan automotif melalui replikasi digital yang meningkatkan kecekapan dan inovasi.

Persidangan ini akan membincangkan kemampuan teknologi-teknologi ini dalam memperkukuh kedudukan Malaysia dalam era digital melalui sesi ucaptama, perbincangan panel pakar, dan pameran interaktif. Dengan memanfaatkan teknologi inovatif, MDX 2024 menyasarkan untuk mempercepatkan misi negara menjadi kuasa digital global dan menambah daya saing dalam landskap digital yang semakin kompetitif.

Sebagai pemangkin transformasi, MDX 2024 akan menawarkan peserta peluang untuk berhubung dengan inovator lain serta memberi inspirasi dalam membina ekonomi yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Persidangan ini juga akan menampilkan dua penceramah utama, iaitu Fleur Pellerin, bekas Menteri Perancis untuk PKS, Inovasi, dan Ekonomi Digital, yang akan membincangkan “Dasar, Teknologi, dan Masa Depan Inovasi”, dan Mike Walsh, Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow, yang akan berkongsi pandangan mengenai “Cara Membangunkan Tamadun Berkuasa AI.”

Di samping itu, MDX 2024 berbesar hati menyambut BlackBerry sebagai Penaja Berlian untuk acara ini. BlackBerry akan menampilkan penyelesaian keselamatan siber terbarunya dan berkongsi pandangan mengenai komitmen Malaysia terhadap transformasi digital yang selamat dan berdaya tahan. Christine Gadsby, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) BlackBerry Cybersecurity, akan memimpin dua sesi utama mengenai evolusi keselamatan siber dan masa depan data berdaulat.

Dengan evolusi landskap digital global, rakyat kini semakin bersemangat untuk menerimaguna dan menginovasi teknologi baharu. Oleh itu, MDX 2024 menyediakan platform strategik untuk meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam era digital ini, memastikan negara terus kekal berdaya saing dan berpengaruh dalam ekonomi digital global yang pesat berkembang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Persidangan MDX 2024, sila layari mdec.my/mdx.

Artikle Berkaitan :>

MDEC beri pendedahan kepada warga Kota Kinabalu dalam tingkatkan kemahiran digital

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button