Nasional

Md Rayhan Kabir dah ditahan

LELAKI Bangladesh yang dikenali sebagai Md Rayhan  Kabir telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi Berita harian hari ini.

Md Rayhan ditahan hasil risikan imigresen yang mendapati dia bersembunyi di sebuah kondomonium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

BACA> Mana nak lari Rayhan Kabir?

Imigresen dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu lelaki itu dikehendaki bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Rayhan diburu bukan sahaja Imigresen, malah netizen juga kerana mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej negara dalam soal pengawalan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Lelaki itu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu temubual bersama sebuah agensi berita antarabangsa yang turut mendapat kecaman kerana laporan yang berat sebelah. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button