Nasional

MBSA pasang CCTV pantau mural Agong, pemimpin negara diconteng – Ahmad Maslan

PASANG kamera litar tertutup (CCTV). Itu cadangan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan kepada pihak pengurusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memantau mural Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara yang diconteng kata-kata kesat di Shah Alam, hari ini.

Kata Ahmad, “satu perkara yang berlaku kelihatan kecil tetapi besar maknanya. Mural lukisan dinding di Shah Alam yang ada potret Agong, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diconteng dengan perkataan yang amat-amat tidak sesuai.

“Saya kira MBSA perlu mengambil tindakan segera ke atas individu yang melakukan perkara ini.

“Kita harap ada CCTV yang merakam perbuatan mereka, tidak kira bila. Tidak kira mereka siapa, perlu diambil tindakan segera,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

BACA Mural gergasi Agong, pemimpin diconteng, ditulis perkataan keji

Mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam itu dilukis oleh Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Kini, mural itu ditutup dengan kanvas dan dikeliling pita kuning “dilarang masuk”.

Lukisan yang diconteng itu dicat semula dengan cat putih oleh kakitangan MBSA pada 12.10 tengah hari tadi di bawah kawalan polis. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button