Nasional

MB Selanggor langgar kuarantin: Polis teliti keperluan buka kertas siasatan

POLIS akan meneliti sekiranya terdapat keperluan untuk membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ini berikutan Amirudin telah yang melanggar perintah kuarantin Covid-19 baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih meneliti kes berkenaan.

“Setakat ini, kita belum terima laporan berhubung kes itu tetapita akan meneliti perkara itu.

“Beliau (Amirudin) sudah memohon maaf menerusi media sosial berkaitan pelanggaran perintah kuarantin itu dan jika ada keperluan, kita akan buka kertas siasatan,” katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia hari ini.

Related Articles

Dua hari lalu Amirudin mengakui terpaksa keluar dari tempoh kuarantin kerana mahu menyelesaikan isu pencemaran air Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas.

“Saya ketika ini menjalani tempoh kuarantin, walaupun ujian saringan ke atas saya menunjukkan keputusan negatif.

“Tetapi, disebabkan berlaku masalah pencemaran air di Sungai Semenyih, yang memberi kesan kepada rakyat Selangor, saya terpaksa keluar dari kuarantin malam ini,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Menurut Acryl, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang tetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri semalam, tiada sesiapa terkecuali daripada siasatan dan tindakan termasuk ahli politik dan pemimpin kerajaan.

“Polis akan lebih tegas dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button