Politik
MB Perak: Zahid persembah nama Saarani, kerajaan PN dipertahan
PENGERUSI Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersembahkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar baru Perak kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini.
Bercakap kepada media selepas mengadap Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di Ipoh hari ini, Presiden UMNO itu berkata, BN dan UMNO akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.
“Ertinya kerjasama pembentukan kerajaan ini adalah antara Umno, Bersatu dan PAS,” katanya.
Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta untuk mengadap Sultan Nazrin Shah kira-kira pukul 10 pagi tadi dan mempersembahkan nama calon menteri besar yang baru.-SM