Politik
MB Perak menghadap Sultan Nazrin hari ini
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini sekali lagi hari ini.
Pada hari Rabu, Saarani menghadap Sultan Nazrin di mana pertemuan itu berlangsung kira-kira dua jam.
Saarani telah mengemukakan surat memohon pembubaran DUN untuk pertimbangan Sultan Nazrin.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pembubaran itu mengikut Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.