Politik

Raja Perlis berkenan DUN dibubar berkuatkuasa hari ini

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubar berkuatkuasa hari ini (14 Oktober).

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Baginda memperkenankan pembubaran DUN setelah diberi sembah maklum berhubung perkara ini di Galeri DiRaja, Arau, pada pukul 3 petang semalam.

Azlan berkata, beliau hadir bersama dengan Speaker DUN, Datuk Hamdan Bahari dan juga Setiausaha DUN, Mawar Awang setelah diperkenan mengadap Raja Perlis.

Azlan berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks DUN di sini.

Beliau berkata, pembubaran ini sekaligus akan membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan bagi memilih 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.

“Malah ia juga serentak dengan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ekoran dari pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Negeri Perlis menyerahkan segala urusan Pilihanraya Negeri selanjutnya kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button