Nasional

Mat Sabu kata bekalan telur dan ayam pulih, beras cukup

BEKALAN telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, perkembangan positif itu hasil usaha kementeriannya dalam memastikan bekalan telur dan ayam di pasaran sentiasa mencukupi, bagi menampung keperluan pengguna.

TELOR jadi isu yang perlu ditangani segera bukan lengah-lengahkan. – SM

“Sudah pulih (isu bekalan telur dan ayam), bahkan ada tempat harga ayam sudah mula turun. Jadi usaha gigih (kementerian) termasuk dialog dengan persatuan penternak, telah (membuahkan) berhasil.

“Kita harap tidak ada peperangan baharu dan sebagainya yang boleh menjejaskan import bijirin jagung dan soya, sebab kita tahu bijirin jagung kini di tahap permulaan penanamannya tetapi lambat lagi untuk mencukupi bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Klang.

Mengulas mengenai bekalan beras di pasaran, Mohamad berkata, bekalan beras negara mencukupi walaupun jumlahnya sedikit berkurangan.

“Saya ingatkan pengilang-pengilang supaya tidak menyimpan bekalan yang ada di premis masing-masing, stok yang ada mesti dikeluarkan sekarang supaya ada di pasaran,” katanya. – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button