NasionalNegeri

Masyarakat, kakitangan kesihatan perlu bersatu untuk sihat – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, masyarakat dan kakitangan kesihatan mestilah sentiasa bekerjasama dan bersatu hati dalam aspek penjagaan kesihatan untuk hidup sihat.

Baginda bertitah, pihak hospital yang menganjurkan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan dan ‘outreach’ memerlukan penglibatan yang bersepadu oleh masyarakat setempat.

“Dengan kerjasama yang berterusan, insya-Allah taraf kesihatan dapat ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti ini,” titah Baginda.

Baginda bertitah, perkhidmatan kesihatan yang baik dan mudah diperolehi iaitu ‘accessible’ juga adalah suatu keperluan kini yang amat mustahak.

“Aspek penjagaan kesihatan yang menyeluruh pada setiap peringkat umur yang merangkumi aspek perawatan dan pencegahan penyakit sesungguhnya amatlah penting,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 106 asnaf terpilih di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar.

Seramai 44 penerima dari kalangan anak kariah Kampung Behor Empiang dan 62 lagi dari kariah Kampung Kechor masing-masing menerima RM700 daripada Baginda bagi pihak MAIPs yang keseluruhan beRjumlah RM74,200 pada kali ini.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, sistem kesihatan awam sentiasa teruji.

“Sebelum ini kita berdepan dengan pandemik Covid-19 dan sekarang kita berada di fasa pasca pandemik,” titah Baginda.

Titah Baginda, cabaran sentiasa ada terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk semua. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button