BeritaUncategorized

Masih berangan nak pakai plat fancy, sediakan RM300 untuk bayar saman

Mahukan keunikan, stail dan lain daripada lain merupakan antara alasan kosong rata-rata pengguna dan juga tidak ketinggalan, ahli perniagaan yang mahu menunjukkan status mereka dengan menggunakan plat kenderaan fancy.

Plat kenderaan fancy menjadi hobi segelintir pengguna kenderaan kerana merasakan ia mampu menonjolkan kenderaan mereka berbanding yang lain di atas jalan raya.

Tetapi spefikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) pula diendahkan begitu sahaja.

Menurut laman rasmi JPJ, tiga bentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang dibenarkan adalah huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam, huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association serta huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Peraturan yang diberikan amatlah ringkas tetapi masih ramai yang berdegil dan tidak mematuhi spefikasi yang telah ditetapkan.Kebanyakkan daripada mereka mengubah nombor plat kenderaan mereka mengikut citarasa sendiri dengan cara merapat atau menjarakkannya hingga mengelirukan serta sukar dibaca.

Ekoran perkara tersebut yang kerapkali terjadi, pihak polis mengambil inisiatif untuk membanteras golongan pengguna kenderaan yang bertindak acuh tidak acuh tentang spesifikasi plat yang ditetapkan.

Pihak polis Johor dengan kerjasama JPJ memulakan operasi memburu pemilik kenderaan yang menggunakan plat fancy pada 31 Disember melalui Ops Khas.

Kompaun sebanyak RM300 akan dikeluarkan bagi pengguna kenderaan yang berkeras menggunakan plat fancy.

Memetik kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, “Pemeriksaan ini akan dimulakan dalam kalangan pegawai dan anggota kami sendiri serta tiada kompromi yang akan diberikan.

Melalui Ops Khas juga polis akan memburu pengguna yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat selain daripada pengguna plat nombor pendaftaran fancy.

Terdahulu, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan nombor kenderaan fancy sejak Januari hingga hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button