Jenayah

Mashita menafikan telibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia, sedang dalam siasatan polis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menyiasat pembabitan Datuk Dr Mashita Ibrahim dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Menurut Laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata hasil pemeriksaan setakat ini mendapati Mashitah pergi ke Myanmar berkaitan satu pelaburan hartanah di kawasan Myawaddy.

“Pengesahan itu dibuat selepas polis selesai merakam percakapan Mashitah pada minggu lalu, selain maklumat siasatan yang dijalankan.

 

“Pada masih ini, JSJ masih mengumpul maklumat berkaitan untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan isu pemerdagangan manusia di Myanmar yang membabitkan mangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

“Pihak kami juga turut selesai merakam percakapan individu bergelar Datuk Seri, berhubung kes yang sama semalam,” katanya

 

Baru-baru ini Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya dengan satu kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

 

Mashitah bagaimanapun tampil menafikan terbabit dan mendakwa, tuduhan itu dikutip daripada media picisan di Indonesia.

Mohd Shuhaily berkata, secara keseluruhan setakat ini seramai lima individu sudah dipanggil memberikan keterangan termasuk Mashitah.

 

“Salah seorang individu yang juga penulis blog dari Indonesia akan dirakam percakapan hari ini.

 

“Proses merakam percakapan akan dibuat secara dalam talian memandangkan dia berada di Jakarta, Indonesia,” katanya.

 

Mohd Shuhaily berkata, pada masa ini polis turut melengkapkan siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang terbabit dalam kes sama.

 

Katanya, PDRM menyarankan mana-mana pihak yang menerima tawaran bekerja di luar negara khususnya negara yang sering dikaitkan sebagai pusat aktiviti jenayah penipuan supaya lebih berwaspada dan membuat semakan terperinci berkaitan tawaran itu sama ada melalui carian maklumat di laman web atau menyemak dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Luar.

Artikle Berkaitan :>

Polis Thailand tahan wanita berkaitan kes pemerdagangan manusia Wang Kelian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button