Ekonomi

MARC Ratings Berhad iktiraf Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Bank Rakyat dengan Penilaian Impak ‘Emas’

MARC dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, sebagai institusi kewangan pembangunan (DFI), Bank Rakyat memenuhi mandatnya dengan menyediakan pembiayaan, khidmat nasihat dan latihan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi, di samping meningkatkan akses kewangan kepada kumpulan sosial yang
kurang mendapat perkhidmatan.

Agensi penarafan tersebut percaya bahawa Sukuk Kelestarian berkenaan dijangka
menyokong dan mengembangkan portfolio pembiayaan hijau dan sosial di Bank Rakyat, sejajar dengan Panduan Pelaksanaan Bank Negara Malaysia untuk Perantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dan Taksonomi Berasaskan Prinsip Perubahan Iklim (CCPT).

Hasil daripada terbitan Sukuk Kelestarian tersebut akan disalurkan untuk membiayai
perniagaan dan projek yang secara langsung menyokong lapan (8) daripada tujuh belas
(17) Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kami berpendapat bahawa rangka kerja ini selaras dengan komponen utama Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC); Piawaian Bon Lestari Asean (Asean SUS), Piawaian Bon Sosial Asean (Asean SBS) dan Piawaian Bon Hijau Asean (Asean GBS) yang dikeluarkan Forum Pasaran Modal Asean (ACMF); serta Garis Panduan Bon Lestari (SBG), Prinsip Bon Hijau (GBP) dan Prinsip Bon Sosial (SBP) yang dikeluarkan oleh Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA),” kata MARC.

“Penilaian ‘Emas’ terhadap rangka kerja ini mencerminkan pandangan bahawa impak daripada penyaluran hasil kepada perniagaan dan projek yang dikenal pasti akan memberikan manfaat sosial dan alam sekitar yang relevan yang mana menyokong lapan (8) daripada tujuh belas (17) matlamat SDG,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, “Pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan komitmen Bank Rakyat terhadap pembangunan lestari tetapi juga meningkatkan keupayaan Bank dalam menyumbang secara langsung dan bermakna ke arah kesejahteraan alam sekitar dan sosial melalui
Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Bank Rakyat. Rangka kerja ini telah dibangunkan sendiri oleh bakat dalaman dan telah diwujudkan untuk menetapkan prinsip panduan bagi penerbitan Sukuk Kelestarian, menyasarkan projek yang menyumbang kepada manfaat alam sekitar dan sosial. Kami percaya bahawa dengan melabur dalam projek hijau dan sosial, Bank Rakyat bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi tetapi juga
memastikan inisiatif kami memberi impak positif yang mampan kepada masyarakat serta
alam sekitar.”

Tambah Dato’ Dr. Mohammad Hanis, “Penilaian ‘Emas’ ini merupakan bukti kepada visi strategik dan dedikasi Bank untuk memupuk impak alam sekitar dan sosial yang positif.

Rangka kerja ini direka untuk memenuhi piawaian tertinggi kelestarian dan ketelusan, serta memastikan setiap hasil yang diperoleh digunakan secara berkesan untuk menyokong projek yang selaras dengan nilai teras Bank Rakyat dan SDG.”

Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Bank Rakyat boleh diakses melalui laman sesawang
rasmi www.bankrakyat.com.my.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat dan SPNB jalin kerjasama bantu B40 miliki kediaman sendiri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button