Pembaca

Mamasab hargai bulan Mei, berikan 3000 kek percuma

BULAN Mei merupakan hari istimewa, kerana banyak sambutan hari bersejarah disambut pada pada bulan ini antaranya hari guru, hari jururawat dan pada wanita yang bergelar ibu di luar sana.

Oleh itu jenama kek terkenal, Mamasab bakal mengedarkan sebanyak 3000 biji kek bagi menghargai pengorbanan terhadap 3 golongan ini.

Mamasab hargai bulan Mei dengan mengedarkan 3000 kek percuma

Menurut pengasasnya, Siti Noor Sabrina Soobri, program ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di samping menarik semula hati para pembeli.

Selain itu dapat menggembirakan hati mereka yang banyak berkorban dalam kehidupan dan pekerjaan mereka.

“Ini adalah program kempen pertama yang kami lakukan untuk meraikan para ibu, guru dan jururawat yang menyokong kami sejak awal lagi.

“Selain itu, ia juga untuk meraikan para ejen kami dengan aktiviti sosial sebegini dalam menggerakkan momentum ke arah lebih aktif” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Mamasab semalam.

Tambahnya lagi, ia tidak sangka bahawa sambutan ini sungguh luar biasa terutama di atas talian.

“Kita hadiahkan 3000 biji kek dan hebahkan keseluruhannya secara dalam talian.

“Saya tidak menyangka sambutan dari orang ramai amat luar biasa, mereka memohon dengan mengisi borang secara online dan pihak kami akan meneliti permohonan dan terus membuat penghantaran melalui kurier.

Siti Noor Sabrina meluahkan rasa syukur dan teruja dengan sambutan dan penghargaan yang diterima.

“Alhamdulillah, bukan sahaja ada yang memohon kek percuma namun turut membeli kek dan ini sekali gus meningkatkan promosi dan jualan”

Ujarnya lagi, Mamasab akan menghadiahkan 1000 biji kek lagi menjelang sambutan hari bapa pada bulan Jun nanti.

Beserta kad ucapan bagi menghargai, guru, jururawat dan Ibu

Sementara itu, Mamasab yang ditubuhkan pada tahun 2016 ini turut menyasarkan pembukaan 300 cawangan mini dan peningkatan 100 orang master stokis serta 20,000 ejen jualan seluruh Malaysia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button