Ekonomi

Malaysia tiada krisis ekonomi, itu semua auta

Asas-asas ekonomi Malaysia terus kukuh. Ini yang lebih penting untuk menentukan mata wang ringgit, kata bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Buktinya, kata Tengku Zaful, Malaysia telah merekod kenaikan KDNK bagi tiga suku tahun secara berturut-turut.

“Suku keempat 2021, KDNK telah tumbuh 3.6 peratus, suku pertama 2022, KDNK telah tumbuh 5 peratus dan suku kedua, tumbuh 8.9 peratus.

“Ini buktinya asas ekonomi negara kekal di landasan yang kukuh,” kata Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul mempersoalkan mengapa poin yang positif disorok dan hanya fokus kepada matawang sahaja?

Kedua, kata Tengku Zafrul, kadar pengangguran yang terus menurun kepada 3.7 peratus pada Julai 2022 sejak Covid-19 melanda negara.

“Penurunan itu adalah paras terendah negara. Kalau kita menghadapi krisi ekonomi, tak kan kadar pengangguran terus turun untuk tempoh 12 bulan berturut-turut,” tegas beliau.

Tengku Zaful yang bercakap menerusi aplikasi media sosial TikTok turut menyentuh aspek indeks pengeluaran perindustrian (IPP) yang meningkat 12.5 peratus pada Julai 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Jualan bagi sektor pembuatan juga naik 23.8 peratus atau kepada hampir RM150 bilion, katanya.

“Dorsam juga baru mengumumkan nilai jualan perdagangan borong dan runcit baru meningkat 41 peratus kepada RM130.7 bilion pada bulan Julai 2022.

“Pertumbuhan ini disumbangkan antara lainnya oleh sub sektor  kenderaan bermotor yang naik sebanyak 600 peratus, perdagangan runcit meningkat 37.5 peratus dan perdagangan borong yang naik 20.6 peratus,” katanya sambil menambah, ini semua adalah kenaikan tujuh bulan pertama untuk tahun ini sahaja.

Beliau juga berkata, nilai keseluruhan perdagangan borong dan runcit ialah RM882.1 bilion, 19 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Eksport kita pula naik 38 peratus kepada RM134.1 bilion iaitu peningkatan selama 12 bulan berturut-turut bagi tujuh bulan pertama 2022.

“Jumlah perdagangan luar meningat 29.9 peratus kepada RM1.6 trilion, juga bagi tujuh bulan pertama,” jelas beliau.

Beliau berkata, jumlah pelaburan asing bersih di Busra lebih RM8 bilion serta pelaburan runcit bersih juga mencecah RM1.8 bilion dari awal tahun sehingga kini.

Menafikan negara ada krisis ekonomi kerana jika ada, tentu tiada pelabur yang melabur dalam negara kita, Tengku Zafrul berkata, inflasi negara kekal terkawal pada kadar 2.8 peratus bagi tujuh bulan pertama, tahun ini dengan pelaksanaan langkah kawalan harga.

Ini dilakukan khususnya melalui pemberian subsidi hampir RM80 bilion tahun ini, katanya.

“Jadi, tak masuk akal kalau dengan petunjuk-petunjuk positif macam ini ada yang kata kita dalam krisis ekonomi.

“Kesimpulannya, jangan kelirukan rakyat dengan auta dan mempolitikkan semua perkara untuk mencetus polimik,” katanya. – SM

BACA Kadar inflasi Malaysia bulan Mei turun kepada 2.8%

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button