Nasional

Malaysia, Singapura setuju laksana projek laluan baharu

KESESAKAN di Tambak dan Laluan Kedua (Linkedua) mungkin dapat dikurangkan apabila projek laluan baharu dilaksanakan.

Projek yang disebut sebagai Laluan Johor Bahru – Singapore Sistem Rapid Transit (RTS) itu dijangka memudahkan perjalanan penduduk di kedua-dua negara.

Selain mengurangkan kesesakan, RTS dilihat berpotensi meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan bagi kedua-dua negara.

Projek tersebut bakal dilaksanakan selepas Malaysia dan Singapura capai persetujuan untuk bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Khaw Boon Wan berkata mereka komited memeterai perjanjian pada April ini.

Beliau berkata, pertemuan itu berjalan lancar dan masing-masing bersepakat untuk melaksanakan projek pengangkutan awam dari Johor Bahru ke Woodlands.

“Saya mengadakan lawatan ke Singapura dan bertemu dengan Khaw Boon Wan bagi membincangkan progres rundingan projek RTS antara Johor Bahru dan Woodlands.

“Pertemuan itu cukup memberangsangkan dan kami komited untuk capai persetujuan bagi projek berkenaan pada April tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya malam tadi.

Walau bagaiamanapun, tidak dinyatakan mengenai perkembangan projek Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR) sama ada akan diteruskan atau masih ditangguh.

Januari tahun lalu, kerajaan dilaporkan membayar RM45 juta sebagai kos penangguhan bagi menggantung projek HSR sehingga Mei 2020. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button