BeritaNasionalNegeriPendidikan

Malaysia jadi pilihan utama pelajar Indonesia melanjutkan pengajian di luar negara

KEDEKATAN geografi, persamaan bahasa dan budaya, pembiayaan pengajian yang
berpatutan dan ranking universiti yang tinggi menjadikan Malaysia pilihan utama pelajar Indonesia.

Jumla mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Indonesia hanya sepertiga sahaja jika dibandingkan dengan jumlah mahasiswa Indonesia di Malaysia.

Dari tahun 2015-2021, sebanyak 9,680 mahasiswa Indonesia menuntut di Malaysia. Sementara mahasiswa Malaysia yang belajar di Indonesia kira-kira 3, 575 orang

Kerjasama Indonesia dan Malaysia di bidang pendidikan memiliki cakupan yang sangat luas, mulai dari peringkat individu, institusi, dan kerajaan.

Kerjasama yang telah terjalin diantaranya dapat dikelompokkan sebagai Kerjasama Antara Individu dan Antara Institusi Pendidikan Tinggi, Pengiriman Mahasiswa Apparenticeship ke Malaysia, Pertukaran Mahasiswa Vokasional, Pelatihan Guru dan juga Pengiriman Mahasiswa Belajar di Malaysia.

Demikian dimaklumkan oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto di majlis perasmian ‘International Summit on Knowledge Advancements (ISKA) 2022’ anjuran Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) yang disempurnakan perasmiannya oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kangar baru-baru ini.

Seminar selama dua hari itu melibatkan penyertaan 150 rektor dan kepimpinan Muhammadiyah dan Aisyah dari seluruh Indonesia yang diketuai Ketua Umum Pimpinan Pusatnya, Prof. Dr. KH. Haedar Nashir dan isteri, Ibu Noordjanah .

Beliau menambah bahawa ISKA 2022, sangat bermanfaat kerana merupakan platform bagi para ahli akademik, peneliti, pelaku industri untuk berkongsi ilmu dan gagasan, memperluas jaringan, dan menyampaikan penemuan hasil penelitiannya dan menjejaki berbagai potensi lain yang bermanfaat bagi masa depan yang lebih baik.

Bambang Suharto turut mengucapkan selamat dan sukses kepada UMAM yang akan beroperasi di Perlis tidak lama lagi dan berharap semoga seminar ini membawa manfaat yang besar bagi peningkatan dan kemajuan kerjasama antara Indonesia dan Malaysia yang telah terjalin dengan sangat erat di berbagai bidang selama ini.

Beliau juga memberikan contoh bagi negeri Perlis, Politeknik Negeri Bali dan Politeknik Negeri Banyuwangi memiliki kerjasama rutin berupa pertukaran mahasiswa dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis.

Pada bulan Ogos 2019, 5 mahasiswa Poltek Bali dan 2 mahasiswa Poltek Banyuwangi menjalani pertukaran mahasiswa. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button