Nasional

Malaysia dan Korea Selatan memperkukuh kerjasama dua hala dalam sektor tenaga

MALAYSIA komited untuk melaksanakan peralihan tenaga ke arah industri bekalan elektrik rendah karbon selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih menjelang 2050.

Perkara itu dinyatakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucaptama di Bengkel Kerjasama Tenaga Malaysia-Korea Selatan ke-10 pada Khamis.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), dalam satu kenyataan berkata bengkel itu menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai usaha kedua-dua negara dalam peralihan tenaga.

Takiyuddin dalam ucapannya juga turut mempelawa syarikat Korea Selatan yang berpangkalan di Malaysia untuk merebut peluang melanggan Tarif Tenaga Hijau (GET) bagi memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG).

Pada masa yang sama itu juga, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia Lee Chi Beom turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Confreth Sdn Bhd dan Konsortium Korea mengenai projek pembangunan teknologi bangunan cekap tenaga. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button