Politik
Malapetaka besar, virus Covid-19 tular ke dalam komuniti – Najib
Wajarkah Parlimen bersidang?
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, virus Covid-19 sudah menular di dalam komuniti dan bukan kerana saringan besar-besaran.
Bahkan Najib berkata, ini adalah malapetaka besar yang telah berlaku kepada negara kita.
Najib yang popular dengan panggilan Bossku dalam hantaran ke Facebook berkata, kadar jangkitan virus atau nilai ambang juga telah melebihi 5 peratus ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
“Setiap 10 orang disaring, seorang didapati positif. Ini adalah kadar yang tinggi dan jauh lebih tinggi dari nilai ambang 5 peratus diberi WHO.
“Ini juga bukti bahawa virus sudah menular sangat dalam ke komuniti.
Jika kita ingat balik ke PKP 2.0, kebanyakan kluster baharu adalah dari kilang dan tapak pembinaan.
“Tetapi masuk bulan April, kluster-kluster pendidikan mula muncul dan menjadi majoriti kluster baharu setiap hari,” katanya.
Justeru adalah menjadi kebimbang apabila isyarat yang salah diberikan kepada rakyat apabila ahli politik mahukan Parlimen bersidang pada 26 Julai ini, sedangkan wabak berkenaan telah menular ke dalam masyarakat.
Selain risiko mencetus kluster Parlimen, gambaran salah ini dikhuatiri menyebabkan masyarakat menjadi semakin alpa dan mula mengambil mudah tentang SOP khususnya soal penjagaan kebersihan, penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
Ini adalah kadar positif (jumlah kes positif bebanding saringan) dalam tempoh 7 hari lepas dikongsi Najib:
5/7 : 66,063 saringan, 6,387 positif (9.67%)
6/7 : 81,629 saringan, 7,654 positif (9.38%)
7/7 : 86,464 saringan, 7,097 positif (8.21%)
8/7 : 94,593 saringan, 8,868 positif (9.38%)
9/7 : 97,442 saringan, 9,180 positif (9.42%)
10/7 : 105,937 saringan, 9,353 positif (8.83%)
11/7 : 97,498 saringan, 9,105 positif (9.34%)
Melihat bahaya ini, hampir tiap-tiap hari saya memberi amaran masa itu:
17 April : 8 kluster baru (3 kluster pendidikan)
18 April : 5 kluster baru (1 kluster pendidikan)
19 April : 14 kluster baru (6 kluster pendidikan)
20 April : 7 kluster baru (2 kluster pendidikan)
21 April : 11 kluster baru (4 kluster pendidikan)
22 April : 14 kluster baru (3 kluster pendidikan)
23 April : 8 kluster baru (5 kluster pendidikan)