Rencah Hidup

Makan kari kepala ikan pun nak kongsi di FB, kata Netizen

“SERONOK tengok YB. Hari-hari jalan-jalan makan sedap-sedap. Rakyat pula dapat RM30 je. Itu pun dah disuruh bersyukur.”

Komen itu dibuat oleh salah seorang pengikut Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bernama Tuah.

Menteri Belia dan Sukan itu berkongsi gambar beliau sedang makan di rumah Ahli Biro Ekonomi Bersatu dan juga Ahli Majlis Eksekutif Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk seri  Erwan Tahir beberapa hari lalu.

Menurut Syed Saddiq, beliau dijemput oleh Erwan untuk makan kari kepada ikan terbaik di Kuala Lumpur.

“Terima kasih atas kari kepala ikan yang sangat sedap DS (Datuk Seri).

“Nanti DS datang rumah saya, kita try asam pedas telur ikan Mmyong. Saya bawa khas dari Muo untuk DS. Pastinya asam pedas best in Malaysia lah,” kata Syed Saddiq pada hantaran tersebut hari ini.

Bagaimanapun kegembiraan Syed Saddiq dapat menikmati kari kepala ikan terbaik di Kuala Lumpur itu tidak sepenuhnya dirasai bersama oleh pengikut Facebook Ketua Armada Bersatu itu.

Mereka berpendapat Ahli Parlimen Muar itu tidak perlu untuk berkongsi hantaran di Facebook jika ia tidak berkaitan rakyat, kementerian atau negara.

“Tak elok menteri update status macam ni. Ingat Menteri ada pelbagai kuasa luluskan dan pengaruhi projek,”  tegur Sophian Mat Zain.

“Patut la rakyat marah sangat dengan menteri ni. Benda-benda yang tiada kaitan dengan kerja KBS pun up dalam FB. Tak ada kerja nak buat ke. Kari kepala ikan la, asam pedas la. Nonsense!!!” komen Juhari Basri.

“Makan kari kepala ikan pun nak post kat FB. Tak tau la apa jasa Syed ni sebagai menteri. Sangat tak competent,” tegur Muhammad Syahrir.

“Tahniah YB. Raya Cina dapat makan kari kepala ikan. Saya ni miskin dapat makan ikan bilis pun bersyukur dah,” beritahu Garo J. Ryo.

“Huntung laa makan kepala ikan kita orang dapat 30 jer. Guan Eng cakap boleh beli barang dapur sebulan,” kata Suesue Sue

“Kami tak nak dengar berita-berita kari kepala ikan ke karipap ke. Tak mendatangkan hasil pun,” komen Mohd. Nasriq Lokman.

“Kenapalah boleh terbaca posting sampah ni, Cerita pasal kari kepala ikan sambil tayang kereta mewah,” ulas Mohd. Sah Jusman. -SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button