Rencah Hidup

Majlis perkahwinan luar biasa, lelaki di sabah bersanding bersama dua isteri

TULAR di media sosial memaparkan seorang lelaki yang masih muda bersanding dua isteri serentak sehingga menarik perhatian warganet terutama dalam kalangan kaum Adam.

Difahamkan, majlis perkahwinan lelaki itu bersama dua wanita dipercayai berlaku di Sabah.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna TikTok username9827273277337, jelas kelihatan ketiga-tiga mereka bersanding serentak di atas pelamin yang sama.

Malah, kedua-dua isterinya juga kelihatan tenang berkongsi suami tanpa berlakunya sebarang pergaduhan

Pasangan mempelai tersebut juga diraikan dalam sebuah majlis yang cukup meriah dengan beberapa persalinan berbeza.

Isteri pertama teman bersanding?

Meninjau di ruangan komen, ada individu yang mendakwa salah seorang wanita di dalam video tersebut merupakan ‘isteri pertama’ pengantin lelaki yang turut bersanding sekali lagi untuk meraikan madunya.

Walau bagaimanapun, perkara ini belum dapat pengesahan daripada mana-mana pihak dan tidak dapat dipastikan daerah sebenar ketika majlis itu berlangsung.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi dan terdapat segelintir netizen meninggalkan pertanyaan sama ada pemuda itu mengamalkan apa-apa ilmu yang membolehkan dirinya bersanding dengan dua wanita serentak di atas pelamin. 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button