AgamaNasionalNegeri

MAIPs sumbang RM612,000 untuk “food bank” di 102 masjid

SEBANYAK RM612,000 sumbangan makanan menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2023 disalurkan untuk bantuan makanan ‘foodbank’ melalui masjid oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di seluruh negeri ini.

Sumbangan berkenaan adalah salah satu pendekatan MAIPs bagi membantu warga asnaf dan golongan memerlukan melalui 102 buah kariah masjid di seluruh Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berjabat salam dengan jemaah usai menunaikan solat terawikh pada Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2023.

Simbolik penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengambil sempena Program Qiam Ramadan yang diadakan di Masjid Alwi Kangar, semalam.

Berangkat sama anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan beramah mesra dengan jemaah usai menunaikan solat tarawikh pada Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2023.

Keberangkatan Tuanku Pemangku Raja disambut oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Program agihan makanan berkenaan adalah salah satu daripada usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial ummah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs dan Syed Sirajuddin Areeb Putra turut berkenan menunaikan solat tarawikh.

Selain itu, MAIPs sentiasa menggesa kepada semua kepimpinan masjid di seluruh negeri ini agar sentiasa peka dan turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Usai solat tarawih, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs dan Syed Sirajuddin Areeb Putra turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah yang hadir. – SM

BACA MAIPs lancar Tabung Khas Sumbangan Mangsa Bencana Turkiye, Syria 2023

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button