Agama

MAIPs berperanan sebagai pemangkin pembangunan ummah

KANGAR 10 April – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bukan sekadar pentadbir hal ehwal agama Islam, tetapi juga pemangkin kepada pembangunan komuniti Islam, khususnya dalam membantu golongan asnaf keluar daripada kitaran kemiskinan mereka.

Sesungguhnya Islam menganjurkan keseimbangan dalam kehidupan manusia, merangkumi aspek rohani, pendidikan, dan ekonomi. Oleh itu, tanggungjawab MAIPs bukan hanya untuk menyantuni asnaf dengan bantuan kewangan semata-mata, tetapi juga turut merancang dan melaksanakan program-program jangka panjang yang dapat memperkasakan mereka agar berdikari dan akhirnya keluar daripada kemelut kemiskinan.

Demikian menurut kenyataan MAIPs titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan MAIPs Sidang Kedua Bagi Tahun 2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kangar baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan penghargaan atas segala inisiatif dan kerja kuat MAIPs dalam memperkenalkan pelbagai program berbentuk pembangunan modal insan, keusahawanan, dan latihan kemahiran kepada golongan asnaf dan yang berpendapatan sederhana di negeri ini. Program-program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima zakat, tetapi juga berupaya menjana ekonomi negeri serta memperkukuhkan lagi institusi keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button