Politik

Mahathir mahu ambil tindakan perundangan terhadap Muhyiddin

BEKAS Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir mahu mengambil tindakan perundangan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas keahliannya bersama lima lain tergugur.

Dalam masa sama kelima-lima mereka termasuk bekas Setiausaha Agung, Datuk Marzuki Yahya turut mengemukakan permohonan injunksi bagi mengekalkan keahlian dalam parti.

BACA > Geng Spiky aktif jenayah samun, curi kenderaan ditumpaskan — Suara Merdeka

Permohonan itu disahkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang memaklumkan pendengaran akan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 18 Jun ini.

Tindakan tersebut disifatkan sebagai pertikaian pengguguran keahlian mereka yang dikatakan automatik kerana menyertai parti lain.

“Suatu notis permohonan perintah injunksi interim difail dipercayai perlu disegerakan sebelum perbicaraan dapat diselesaikan di mahkamah.

Related Articles

“Untuk perbicaraan itu juga tindakan writ saman akan dikeluarkan,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Tindakan perundangan diambil selepas Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Mazlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

BACA > PM solat Jumaat, bangga jemaah patuhi peraturan — Suara Merdeka
BACA > SPRM cari bekas pegawai kanan kepada bekas menteri — Suara Merdeka

Kelima-lima tersebut terdahulu dimaklum keahlian mereka dalam parti tergugur secara automatik selepas menyertai blok pembangkang ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Sebelum itu, mereka dimaklum dipecat keahlian berkuatkuasa serta merta selaras dengan perlembagaan parti.

Pemecatan itu dibuat menerusi surat yang dikeluarkan Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Tindakan demikian menyebabkan Marzuki yang masih menganggap diri sebagai Setiausaha Agung ketika itu memecat Muhammad Suhaimi.

Bagaimanapun, Marzuki dipecat daripada jawatan itu pada 18 Mac lalu.

Beliau diganti dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Haniff menambah, dalam tindakan perundangan tersebut beberapa pemimpin Bersatu dinamakan sebagai defendan.

Mereka adalah, Muhyiddin, Hamzah, Muhammad SUhaimi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Masyati Abang Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan tindakan perundangan itu kepada keempat-empat defendan minggu hadapan.

BACA > Banding Guan Eng, Musa tidak lakukan kesalahan rasuah — Suara Merdeka
BACA > Jawatan PM-9 juga bukan hak mutlak Dr. Mahathir — Suara Merdeka

Dalam masa sama, satu writ saman dan penyata tuntutan juga diserahkan kepada defendan hari ini dan pengursan kes ditetapkan pada 9 Julai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button