Nasional

Mahasiswa UPSI Proaktif Mengembara Sebar Kepentingan Kesihatan Mental

PETALING JAYA – Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memandang serius isu kesihatan mental dan bertindak progresif menerusi Kembara Kesihatan Mental.

Pengarah Kembara Kesihatan Mental, Syazalia Sukiman berkata, program tersebut bertujuan bagi memberikan kesedaran dan pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan isu kesihatan mental.

“Ia melibatkan 40 orang penghuni Kolej Aminuddin Baki serta beberapa lokasi dan baru-baru ini, ia telah berlangsung dengan jayanya di Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA).

“Kembara Kesihatan Mental ini juga akan menuju ke beberapa buah perkampungan komuniti seperti di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang,” katanya.

Ujar Syazalia lagi, program tersebut juga mendapat penglibatan pelbagai agensi dan badan bukan Kerajaan (NGO) dalam melaksanakan promosi pendedahan tentang penyakit yang sering distigmakan itu.

“Sehubungan itu, saya berharap agar program ini disambut baik pelaksanaannya oleh segenap lapisan mahasiwa UPSI serta seluruh mahasiswa di Insitut Pengajian Tinggi yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas tentang program itu, Pegawai Kolej Aminuddin Baki, Safarina Mat Nawawi berkata, ia dilaksanakan untuk jangka panjang dalam mewujudkan kesedaran tentang pembunuh senyap dalam masyarakat kita.

“Kembara Kesihatan Mental dilaksanakan bagi menyahut seruan negara dalam mempromosikan lagi mengenai aspek kesihatan mental yang dilihat agak mundur di negara ini.

“Dalam memastikan setiap warganegaranya mula yakin akan wujud kebenaran mengenai penyakit yang sering distigmakan ini, semua pihak seharusnya berganding bahu bersama-sama mewujudkan kesedaran,” katanya.

Selain itu, perbincangan mengenai isu kesihatan mental ini juga harus dinormalisasikan bagi mengelakkan stigma negatif dan salah tanggapan masyarakat terhadap pesakit mental. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button