Ekonomipilihan

MAHA BUFFET saji 200 jenis menu Ramadan

SEBUT 200 jenis menu makanan disajikan sepanjang Ramadan, memang ‘gila’ banyak dan tentunya tak terpilih oleh pengunjung.

Muhammad Hazim bin Yahaya Pengarah Khairul Amilin Bin Abdul Rahman Pengarah

Tapi untuk mencari kelainan dan memberikan tarikan kepada orang ramai untuk berbuka puasa, di Dewan C, MAEPS, Serdang, itulah yang ditawarkan oleh Projek Maha Buffet.

Besar kemungkinan bukan hanya menyasarkan pengunjung beragama Islam, pihak penganjur juga menyasarkan mereka yang bukan beragama Islam untuk sama sama berada di Dewan C, MAEPS , Serdang sehingga 20 April ini bermula pukul 6.30 petang sehingga 9.30 petang. Itulah waktu operasinya.

Terdapat 20 gerai yang menyediakan masakan panas-panas dan antara sajiannya termasuklah masakan kampung, barat, pencuci mulut, kuih-muih.

Malah Maha Buffet turut menyediakan Kids Food Station khusus untuk kanak-kanak untuk menikmati juadah berbuka puasa.

Menurut pengarah projek Muhammad Hazim bin Yahaya
,MAHA BUFFET ini melibatkan dua restoran iaitu Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen.

“MAHA BUFFET yang pertama berkonsepkan Ramadan Food Festival di Malaysia. Mungkin di tempat-tempat lain tidak pernah lagi buat konsep seperti ini.

“Experiment Kitchen lebih kepada masakan barat manakala Restoran Mak Kimbong pula menyediakan masakan-masakan Melayu.

“Jadi gabungan di antara dua restoran ini, itulah yang dapat 200 jenis menu di sepanjang Ramadan,” katanya.

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”, pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga disediakan sebelum dan selepas waktu berbuka puasa.

Antaranya, Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami dan pelbagai aktiviti lain dan ia adalah percuma.

Persembahan artis nasyid dan tazkirah penceramah jemputan penceramah jemputan seperti Ustaz Shamsul Debat dan Ustazah Siti Nor Bahyah juga disediakan.

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya memberi keselesaan kepada pengunjung yang membawa keluarga untuk berbuka puasa.


Selain itu, turut disediakan ialah surau yang luas, ruang meletak kenderaan atau parkir secara percuma.

MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parkir VIP dan Valet Parking untuk memudahkan pengunjung.

Harga yang ditawarkan untuk dewasa, seorang RM89.90, RM49.90 kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas. Percuma untuk kanajk-kanak berumur 4 tahun ke bawah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button